Sejak kebelakangan ini kita sering dengar perbualan sekeliling tentang sihir ,tidak kira dimana kita berada. adakah kita menegetahui maksud sebetulnya tentang SIHIR???...
Menurut Syeikh al-Azhari didalam buku 'Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus' mentakrifkan bahawa sihir adalah:
- Amalan perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekati diri kepada syaitan dan memeinta tolong daripadanya.
- Memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada yang selainnya (sesiapa yang terkena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak pada haknya).
manakala pengertian dari segi syariah menurut ibn Qudamah al-Maqdisi:
Sihir ialah ikatan, jampi dan perkataan yang diungkap atau ditulis sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akal tanpa mentyentuhnya secara langsung.
Sihir adalah kesepakatan antara tukang sihir dan syaitan deng
n
ketentuan bahwa tukang sihir akan melakukan berbagai keharaman atau
kesyirikan dengan imbalan pemberian pertolongan syaitan kepadanya dan
ketaatan untuk melakukan apa saja yang dimintanya.
Setelah kita mengetahui maksud sihir itu sebenarnya, adakah kita masih lagi mahu untuk menggunakannya dalam kehidupan kita semua ? sedangkan kita tahu sihir boleh menyebabkan kita menjadi syirik .......
Allah mencegah setiap perbuatan sihir samada penyihir, peminta untuk buatkan sihir.bertaubatlah kepada sesiapa yang pernah, bercadang dan ingin menggunakan sihir, kerana Allah telah memberi peringatan, dalam firmannya:
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ
ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
أَعْمَى
Dan barang
siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang
sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan
buta".
No comments:
Post a Comment