Monday 14 May 2012

SUSUK KECANTIKAN

Masyarakat melayu kini terutama kaum wanita yang mementingkan kecantikan wajah dari segalanya, sehingga sanggup untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam ....

wanita peminat susuk
SUSUK, mungkin tidak asing lagi pada pendengaran kita , susuk boleh didefinisikan sebagai pemakaian atau penggunaan bahan  tertentu yang digunakan secara batin  aatau dikenali  "ilmu rahsia diri" . kebiasaannya penggunaan susuk bertujuan untuk kelihatan cantik apabila orang melihat, bertujuan untuk memikat samada bagi lelaki ataupun perempuan, dan bagi seorang isteri pemakaian ssusuk bertujuan untuk mengekalkan kasih syang antara suami.

Bagi peniaga, kebanyakan dari mereka menggunakan susuk pelaris untuk menarik lebih ramai pelanggan,  perbuatan ini adalah amat dilarang dalam islam , kerana kebiasaannya p[enggunaan susuk  bergantung juga kepada makhlus halus.
antara jenis susuk

terdapat beberapa jenis susuk antaranya : emas
                                                                           berlian
                                                                           intan
                                                                           perak
                                                                           besi

penggunaan susuk bukan sahaja dimuka tetapi terdapat juga penanaman susuk di kemaluan bertujuan untuk menguatkan batin bagi lelaki.

berikut adalah salah satu contoh cara untuk menanam susuk:

" Susuk jenis “susuk pengasih” di mana caranya ialah dengan memasukkan susuk, iaitu serbuk emas ke muka, atau menusuk emas ke pipi kanan dan kiri. Sebelum diperlakukan sedemikian rupa, air ramuan yang terdiri daripada pelbagai bahan termasuk beberapa kuntum bunga direndam selama sepuluh hari. Bahan ini disimpan dalam molor (bekas kaca). Setelah tiba tempoh air itu dituang sedikit ke dalam piring seramik dan sebutir emas tulen diasah sehingga sebati dengan air tadi.

salah satu cara pemakain susuk
Sedikit kapas digunakan untuk menggaulkan ramuan dan kemudian ditutup untuk beberapa ketika sehingga air dan bahan tadi terserap dalam kapas. Bedak sejuk bersama ramuan yang terserap pada kapas disapu ke pipi dan seluruh muka sehingga kering. Orang yang berkenaan tidak boleh mandi sehinggalah esok hari.



Ketika ini, ramuan susuk telah menyerap sebati dalam kulit. Pemakai susuk dikehendaki berbedak sedikit sebelum keluar rumah, yang didahului dengan bacaan jampi yang diajar oleh orang yang memasukkan susuk tadi.



Kaedah lain ialah dengan menanam dua butir emas sebesar biji sawi melalui kaedah batin di kedua-dua belah pipi, sebutir di pipi kanan dan sebutir lagi di pipi kiri. Ia dilakukan pada waktu malam ketika bulan mengambang dengan cara-cara tertentu, yang disertai dengan jampi mantera. Perbezaan pada wajah seseorang itu dikatakan boleh berlaku pada keesokan harinya".


sate pantang bagi pemakai susuk 

pada pemakai susuk, terdapat beberapa pantang larang makanan yang tidak boleh  dimakan seperti : labu air, pisang tanduk , daun kelor dan sate .



tetapi berhati-hati kepada si pemakai susuk kerana ianya boleh dikesan melalui sinar-x.dan susuk itu akan tertanam di badan mereka dan memerlukan satu rawatan yang khusus untuk membuangnya... dan bagi umat islam sedarlah bahawa merubah sesuatu kejadian yang diciptakan oleh Allah bertujuan untuk kecantikan dalah berdosa ....







Firman Allah dalam suran An-Nisa'-119




وَلأُضِلَّنَّهُمْ وَلأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأَنْعَامِ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللّهِ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيّاً مِّن دُونِ اللّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَاناً  مُّبِيناً


"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.

       "Allah memberi amaran, seperti yang termaktub dalam al-Quran bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi orang yang beriman. Dalam keadaan apa sekalipun, makhluk ini hendaklah dianggap sebagai musuh, tidak kira sama ada makhluk jin ini boleh menyebabkan seorang itu kelihatan cantik, muka sering berseri, disukai ramai, dipandang manis digeruni, badan menjadi kebal atau tujuan-tujuan lain, untuk kepentingan diri sendiri atau untuk ramai.


      Allah meminta setiap orang itu memohon perlindungan kepada-Nya, memang ada di kalangan manusia yang memohon perlindungan daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan sesuatu, selain daripada lebih menyesatkan."


Ingtalah seandainya Dia maha berkuasa dari sekalian makhluk di bumi ini ..... yakin dan percayalah pada apa yang diberikan sesungguhnya segala yang diberikan  adalah yang terbaik untuk semua umatnya...





hanya pada Allah ku memohon.......