Saka merosakkan keturunan |
Seperti mana yang saya tahu, nenek-moyang kita tidak akan menutup mata dengan aman selagi tidak menyerahkan saka kepada keturannnya (sebagai penjaga). Dalam masyarakat melayu jin-jin saka ini dikenali sebagai hantu raya, pelesit , pontianak, polong dan sebagainya lagi.
tentang SAKA......
Saka adalah jin yang tekelah berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga sebati dalam badan seseorang (tuannya) samada secara sedar ataupun tidak kerana ia datang dari keturanan dan pindahannya secara maya.
kebanyakan saka bermula dari nenek-moyangnya sejak dahulu lagi dan diturunkan kepada keturunannya secara halus (Tanpa diketahui). kadangkala pemindahan saka berdasarkan kepada pemilihan jin itu sendiri,dengan siapa ingin jin berdamping .
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ
مِنَ الإنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
"Dan
bahawasanya ada beberapa orang lelaki dalam kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka
dosa dan
kesalahan." (Al-jin; 6)
Ayat di atas menerangakan tentang kaitan anatara manusia dan jin,dimana mempunyai persahabatan antara keduanya yang dinamakan "khadam".
Bagaiamana saka boleh berpindah ??:
- Apabila nenek moyang membela jin itu mati, jasadnya mati setelah rohnya keluar dari badan,tetapi jin yang berdamping dengannya tidak mati kerana jin bukan seperti manusia.
- Apabila jasad tuannya ditanam, dan jin itu akan berkeliaran seperti layang-layang untuk mencari pewaris untuk menjaganya.
- Kemudian jin tersebut akan mencari waris (anak cucu) terdekat dari kalangan si mati , kebiasaannya jin akan mencari anak cucu yang ada mengamal jampi tertentu yang diambil dari si mati.
- Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila ada dari anak cucu tersebut ada menyimpan barang tinggalan si mati.
- Orang yang paling rapat dengan si mati kemungkinan besar akan mewarisi saka; (tinggal bersama sebelum meninggal.)
saka boleh berpindah melalui tidur |
(gejala pada waktu tidur sama seperti tanda terkena sihir)
Gejala selepas bangun tidur:
- Selalu pening dan para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan tentang penyakit yang dihadapi (misteri)
- Selalu lalai daripada mengingati Allah SWT.
- Mungkin hilang ingatan ataupun gila, berpunca dari jin.
- Lesu dan lemah
- Sentiasa sakit belakang terutama tulang belakang
- Lenguh di sendi-sendi utama
- Terasa ada sesuatu ditapak kaki seperti terpijak batu atau telur
- Emosional dan sensitif
Sesungguhnya perbuatan yang dilarang oleh Allah hendaklah kita hindari dari mula lagi. segala sakit ataupun perbuatan dari jin ,insyaAllah ada ubatnya, yang penting kita perlu berusaha dan ikhtiar untuk mengibatinya.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ
وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ
Dan Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. (az-zariat;56)
No comments:
Post a Comment