Nabi Musa adalah nabi yang ke-14 diberi kelebihan mukjizat yang istimewa yang boleh melawan sihir-sihir yang jahat sewaktu zaman Firaun iaitu pemerintah pada zaman itu .
kelahiran nabi musa adalah semasa pemerintahan firaun yang sungguh kejam. pada masa itu , Firaun telah mendapat mimpi bahawa seorang budak lelaki yang bakal lahir akan menjatuhkan pemerintahannya, oleh itu Firaun telah mengarahkan kepada pengawalnya untuk membunuh setiap anak lelaki yang lahir pada masa itu ...
![]() |
Anak anugerah yang bernilai |
Dengan keizinan Allah SWT, Imran dan Yukabad binti Qahat telah melahirkan seorang anak lelaki mereka berasa amat takut lalu merahsiakan tentang kelahiran tersebut dan apabila mencapai usia 3 bulan Imran dan Yukabad binti Qahat telah mengahayutkan anaknya ke sg Nil dan pada masa itu Asiah telah mengambil bayi itu dan membawa berjumpa dengan Firaun , lantas Firaun segera menghunus pedang utuk menikam bayi itu itu Asiah berkata “Janganlah
dibunuh anak ini kerana aku menyayanginya. Baik kita menjadikannya
seperti anak sendiri kerana aku tidak mempunyai anak.”dengan itu Firaun tidak jadi untuk membunuh bayi itu ...
Sewaktu Nabi Musa meningkat dewasa, kemukjizatannya semakin kelihatan apabila beliau ingin meleraikan suatu pergaduhan tetapi bertukar menjadio tragedi pembunuhan. disebabkan oleh kejadian itu , Nabi Musa menjadi buruan ,namun beliau telah mengambil keputusan untuk keluar dari Mesir dan berhijrah ke Kota Madyan di perkampungan Nabi Syuib.
tidak berapa lama Nabi Musa telah mengahwini anak Nabi Syuib iaitu Saffurah dan telah berhajat untuk pulang ke Mesir , dalam perjalanan Nabu Musa melihata suatau cahaya dari jauh dan menghampiri cahaya tersebut dan mendapati terdapat api di sebatang pokok, yang menghairankan Nabi Musa adalah pokok tersebut tidak terbakar sehingalah mendegar suara
![]() |
Tongkat Nabi Musa |
Allah berfirman kepadanya, bermaksud: “....Wahai Musa sesungguhnya Aku Allah, iaitu Tuhan semesta alam.”
Firman-Nya lagi, bermaksud: “Dan lemparkan tongkatmu, apabila tongkat
itu menjadi ular Musa melihatnya bergerak seperti seekor ular, dia
berundur tanpa menoleh. Wahai Musa datanglah kepada-Ku, janganlah kamu
takut, sungguh kamu termasuk orang yang aman.”
dan sesampai Musa di istana Firaun ,Firaun begitu marah kepada musa kerana telah membawa ajaran yang sesat , Firaun telah mengarahkan semua tukang sihir untuk melawan dengan Musa namun sihir mereak semua berjawa ditewaskan dengan mukjizat yang diturunkan oleh Allah kepadanya tongkat Nabi Musa bertukar menjadi Ular yang besar.
Firman Allah bermaksud: “Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan
kananmu, pasti ia akan menelan apa yang mereka buat. Sesungguhnya apa
yang mereka buat itu hanya tipu daya tukang sihir dan tidak akan menang
tukang sihir itu dari mana saja ia datang.”
keajaiban yang mukjizat Musa menewaskan mereka telah menyebabkan ramai yang berada disitu terus memeluk islam termasuk Aisar isteri Firaun...
![]() |
Laut Merah |
Selepas kejadian itu, pengikut Nabi Musa dikejar oleh pengikit Firaun sehingga sampai ke Laut Merah, dengan kuasa Allah laut itu terbelah dan mereka dapat melintasnya dan tentera Firaun yang mengejar dari belakang telah mati tenggelam di telan oleh laut merah itu.
Al-Quran menceritakan: “Dan ingatlah ketika Kami belah laut untukmu,
lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun dan pengikutnya
sedang kamu sendiri menyaksikan.”....
Begitulah mukjizat yang diterima oleh Nabi Musa yang menewaskan tentera Firaun .....
وَجَاوَزْنَا
بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ
بَغْيًا وَعَدْوًا حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ ءَامَنتُ
أَنَّهُ لاَ إِلِـهَ إِلاَّ الَّذِي ءَامَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ
وَأَنَاْ مِنَ الْمُسْلِمِينَ
dan
Kami bawakan Bani Israil keseberang (berjalan mengikut laluan yang
disediakan). Maka telah diikut mereka oleh Firaun dan bala tenteranya,
dengan tujuan hendak menganiaya secara melampaui batas, sehingga apabila
Firaun telah hampir tenggelam, berkatalah dia: "Aku percaya bahawa
tiada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku
adalah termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". [10:90]
No comments:
Post a Comment