AIR, merupakan salah
satu keperluan penting kepada manusia untuk meneruskan hidup. badan manusia
mengandungi 70% air bersamaan tiga perempat kawasan bumi yang diliputi air. Secara
ringkasanya, kejadian air adalah sangat istimewa dan ini menggambarkan kehebatan
Allah SWT.
Dari segi perubatan islam, air adalah satu bahan untuk merawat penyakit terutama dalam kaedah rawatan makhluk halus dan penyakit lain.
Antara air jampi yang mujarab yang boleh digunakan untk rawatan makhluk halus:
 |
air zam-zam banyak keistimewaan |
Air zam-zam
Air yang menjadi keagungan umat Islam seluruh dunia. Air zam-zam adalah air yang paling mujarab yang digunakan dalam perubatan dan mempunyai banyak kelebihan khasiat dan keistimewaana yang amat luar biasa.
Para Ulama' berpendapat, dalam kaedah rawatan yang menggunakan air ini, tidak perlu dijampi kerana air ini mempunyai keberkatannya yang tersendri.
Air kolah
 |
keberkatan doa dari orang mukmin |
air kolah yang boleh digunakan untuk membuat rawatan bukan sebarangan air kolah dimana-mana, tetapi air kolah di masjid-masjid adalah yang paling sesuai digunakan , antara faktor yang menjadikan aiar ini sesuai kerana:
- Keberkatan air itu sendiri yang mana air ini digunakan oleh orang ramai untuk mengambil wudhuk.
- Air kolah yang berada di masjid sentiasa 'mendengar' bacaan al-Quran, zikir, doa-doa orang mukmin yang menyebabakn molekul-molekul bertukar menjadi cas positif.
- Para wali yang berjaga pada waktu malam yang mengambil wudhuk di kolah masjid menjadikan air itu menjadi berkat.
Air Hujan
firman Allah:
......dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia
hidupkan bumi sesudah mati (kering) -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala
jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan
bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum
yang memikirkan (Al-Baqarah 164).
 |
hujan satu rahmat |
air hujan yang paling mujarab dan berkualiti digunakan untuk jampi adalah air hujan yang turun pada hari jumaat.
Air Embun
 |
embun sepertiga malam mujarab |
Air embun yang sesuai untuk digunakan rawatan adalah air embun sepertiga malam terutama pada malam jumaat.
Air Sungai
 |
air sungai yang mengalair deras mujarab |
Air sungai yang sesuai adalah air sungai yang mengalir deras. Air sungai yang tidak mengalir dan aliran yang perlahan adalah tidak sesuai keran dikhuatiri akan memendap dan terapung sekaligus adalah kotor.
 |
perigi sebagai sumber air |
Air Perigi
air perigi yang terjamin kebersihannya adalah yang mustajab dengan keizinan Allah SWT. jika di Malaysia Air Perigi Penawar Gau adalah yang terkenal yang diperolehi dari sumber bawah tanah.
 |
air paip pilihan yang terakhir |
Air Paip
Air paip juga boleh digunakan untuk merawat sekiranya sumber air yang dinyatakan dia atas tidak dijumpai.